Saturday, June 30, 2012

Eman Manan.

Aku baru je bukak laptop selepas balik dari solat jumaat, tiba-tiba mak aku panggil.

" Faiz, oh Faiz, mari sini kejap" laung mak aku dari dapur.

"Ye mak," aku menyahut. Tapi masih di kerusi menaip-naip di fesbuk yang melalaikan.

"Faiz, sini kejap, cepat sikit" mak aku panggil lagi.

"Ye, datang lah ni," aku menyahut panggilannya lagi. 


Walaupun berat hati nak bangun tinggalkan fesbuk ni, tapi aku kuatkan hati aku pergi ke dapur demi mak aku. Tak elok pula buatkan mak aku tertunggu lama-lama. Jangan kamu tak tahu pula, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

" Ha, apa dia mak?" aku bertanya. Fikiran masih pada fesbuk.

" Ni ha, Eman Manan berlakon dalam drama kat TV1 ni, kau taknak tengok ke?" mak aku bagitahu sambil menyiapkan hidangan makan tengahari.

"..." aku hanya terdiam. Masih memikirkan fesbuk. 

" Kau kan minat Eman Manan, ni ada drama dia ni tengoklah cepat," begitu bersungguh sekali dia sarankan aku tengok drama Eman Manan ni.

"Oh, Eman Manan ni dah taraf legend dah mak," aku menjawab dengan bersahaja.

"Eh, sejak bila kau minat Eman Manan pulak ni?" adik perempuan aku menyoal.

"Eman Manan ni memang awesome, dah taraf legend tahu? Macam Rajnikanth," aku menjawab sepintas lalu.

Mendengarkan jawapan aku, mak dan adik mengangguk tanda bersetuju dengan jawapan aku. Kami makan tengahari dengan penuh berselera. Menu tengahari tadi adalah nasi ayam madu. Sangat sedap.

.

No comments:

Post a Comment

Bintang