Saturday, June 30, 2012

Eman Manan.

Aku baru je bukak laptop selepas balik dari solat jumaat, tiba-tiba mak aku panggil.

" Faiz, oh Faiz, mari sini kejap" laung mak aku dari dapur.

"Ye mak," aku menyahut. Tapi masih di kerusi menaip-naip di fesbuk yang melalaikan.

"Faiz, sini kejap, cepat sikit" mak aku panggil lagi.

"Ye, datang lah ni," aku menyahut panggilannya lagi. 


Walaupun berat hati nak bangun tinggalkan fesbuk ni, tapi aku kuatkan hati aku pergi ke dapur demi mak aku. Tak elok pula buatkan mak aku tertunggu lama-lama. Jangan kamu tak tahu pula, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

" Ha, apa dia mak?" aku bertanya. Fikiran masih pada fesbuk.

" Ni ha, Eman Manan berlakon dalam drama kat TV1 ni, kau taknak tengok ke?" mak aku bagitahu sambil menyiapkan hidangan makan tengahari.

"..." aku hanya terdiam. Masih memikirkan fesbuk. 

" Kau kan minat Eman Manan, ni ada drama dia ni tengoklah cepat," begitu bersungguh sekali dia sarankan aku tengok drama Eman Manan ni.

"Oh, Eman Manan ni dah taraf legend dah mak," aku menjawab dengan bersahaja.

"Eh, sejak bila kau minat Eman Manan pulak ni?" adik perempuan aku menyoal.

"Eman Manan ni memang awesome, dah taraf legend tahu? Macam Rajnikanth," aku menjawab sepintas lalu.

Mendengarkan jawapan aku, mak dan adik mengangguk tanda bersetuju dengan jawapan aku. Kami makan tengahari dengan penuh berselera. Menu tengahari tadi adalah nasi ayam madu. Sangat sedap.

.

Wednesday, June 27, 2012

Mimpi ngeri

Petang tadi aku mimpi ngeri. Mungkin sebab aku tido dalam keadaan marah kerana adik perempuan aku taknak main badminton dengan aku dah selepas dibelasah teruk dalam perlawanan kelmarin. Aku bengang dan masuk tido. Aku mimpi ngeri.


.

The cutest animal in the world.

Ini kucing.

source : google

Jika kamu semua kata kucing adalah binatang paling comel di dunia, ternyata kamu tidak kenal binatang yang paling comel di dunia yang berada di bawah ini.

Ini Meerkat.

source : google

Binatang yang paling comel di dunia. Ok, yang tengah tu aku dah cop dulu. Yang lain still available untuk di-cop. Jangan ucap terima kasih pada aku sekarang. Aku tahu aku dah buka mata kamu semua mengenai binatang yang paling comel di dunia ini.

Jadi, ada siapa-siapa nak bawak aku pergi South Africa tengok Meerkat ni secara live? 

.


Tuesday, June 26, 2012

Monday, June 25, 2012

Selamat Hari Pelaut

Selamat Hari Pelaut kepada diri aku sendiri, teman-teman Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, rakan-rakan sekerja di Alam Maritim (M) Sdn.Bhd, Tru-Trans Sdn.Bhd, dan juga rakan-rakan Pelaut di Malaysia dan di seluruh dunia. Sekali lagi, Selamat Hari Pelaut aku ucapkan.


source : google

Cinta Pelaut itu seluas samudera, dan sedalam lautan.

Sudah 4 tahun aku menyambut Hari Pelaut. Moga Pelaut muda seperti aku terus maju ke hadapan. Amin.

Pabila berhadapan dengan gadis cashier yang comel.

Aku ada satu habit di mana setiap kali aku masuk ke Supermarket, aku akan pilih kaunter yang ada gadis cashier yang comel, genit, solid dan menawan hati bila hendak membuat pembayaran dengan harapan aku boleh mendapatkan nombor telefon dia. 

Dan kebiasaannya 3 minit sebelum aku menuju ke kaunter yang diduduki  gadis cashier yang comel itu, aku akan set application Fake Call Me Pro di telefon bimbit aku dahulu. Ya, bagi kamu yang tak tahu apa itu aplikasi mobil Fake Call Me Pro itu, boleh rujuk dengan encik google. Aku malas nak jelaskan panjang lebar.

Bila mana aku tiba di kaunter pembayaran, aku akan letak barangan yang hendak dibayar di atas kaunter dan tersenyum cool di hadapan gadis cashier tersebut. And, most of all will smile back to me. Masa itu, aku akan rasa penuh berkeyakinan.

5 saat selepas itu, telefon aku berdering. Dengan wajah yang tenang, aku akan akan angkat telefon tersebut.

" hello, ha ye saya. Apa? kenapa boleh jadi macam tu?"

Sengaja aku tinggikan suara sedikit waktu itu. Gadis cashier hanya memandang aku sambil scan barang-barang.

" hmm, oklah kamu beli je saham dari Company X tu, nanti saya bincang dengan Datuk langkah seterusnya,"

Beep. 

Aku matikan panggilan telefon. Aku lihat gadis cashier seakan-akan tergamam selepas mendengar perbualan aku tadi sambil melihat aku dari atas sampai ke bawah. Aku hanya senyum sinis. Perlakuannya seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya tadi.

Setelah membayar harga barangan, aku akan senyum lagi sekali ke gadis cashier tersebut sebelum berlalu pergi. Gadis cashier balas senyuman dengan semanis mungkin.

Ulang benda yang sama sebanyak 3 kali. Aku yakin, kamu semua pasti akan berjaya dapatkan nombor telefon gadis cashier di supermarket yang berdekatan. 

Trust me, I've done this before. Kamu semua bila?

.

Sunday, June 24, 2012

Cubaan lari dari rumah.

Pernah suatu ketika aku membuat percubaan untuk melarikan diri dari rumah sekitar tahun 2000 dengan menyorok di dalam gelungsur di taman permainan perumahan aku.

Selaku seorang kanak-kanak yang sedang meningkat remaja dan dalam proses pemberontakan, aku nekad pada waktu itu untuk lari dari rumah. Perancangan untuk sara hidup sewaktu tempoh pelarian aku telah rancang sebaiknya sebelum lari dari rumah. 

Aku membuat gerakan lari dari rumah pada awal-awal pagi lagi. Menyorok di dalam gelungsur sambil merancang masa depan sangat rumit bagi aku yang hanya berusia 10 tahun ketika itu.

Menjelang tengahari, perut mula terasa lapar. Kanak-kanak yang sedang meningkat remaja macam aku ketika itu amat memerlukan makanan yang seimbang untuk tumbesaran. Duit untuk makan tengahari pun takde waktu itu. Setelah puas menahan lapar, aku pun mengambil keputusan nekad dan memulakan langkah.

" Hah, kenapa duduk tercegat depan pintu tu? Mari makan nasik. Mak dah siap masak lauk kegemaran kamu ni,"

Dengan tersengih sumbing, aku makan dengan bersungguh-sungguh pada hari itu. Mak aku pun tak tau aku telah lari dari rumah pada awal pagi itu.

.

Saturday, June 23, 2012

Kisah Adik Nombor 2


Aimi Najihah. Adik aku yang nombor 2. Budak kecik ni sekarang dah tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu. Budaknya keras kepala, nakal, gedik, dan minat korea. Euwww. 


Aku masih ingat, masa tu dalam tahun 2007, dalam waktu cuti sekolah. Kami sekeluarga pergi berkelah di kawasan air terjun di Raub, Pahang. Perginya ke sana 6 orang sekeluarga. Kami bermain air dengan gembira sini-sana.

On the way balik ke rumah, kami singgah di sebuah kedai makan. Kedai makan itu dipenuhi pelanggan yang sedang menikmati mee goreng, ais kacang, dan lain-lain lagi. Waktu cuti sekolah macam ni, memang tak hairan sangat kalau kedai-kedai makan dipenuhi warga-warga kota yang pergi bercuti di desa.

Kedai makan itu kecik, sempit, tapi dipenuhi orang. Susunan meja juga sangat rapat. Aku pun tak tahu kenapa orang kita ni suka sangat berpegang kepada prinsip makanan tu sedap based on kedai siapa yang ramai pelanggan. 

Mujur ada rezeki kami, dapat satu table di tengah-tengah kedai makan tersebut. Di tengah-tengah kedai makan yang sesak tersebut. Siap order semua. Kami berbual-bual kosong. Ayah aku baca paper yang dibelinya. Adik aku si Aimi ni turut baca paper bersama ayah aku.

Tiba-tiba budak Aimi ni bertanya, " ayah, mak, mati pucuk tu apa?". Everybody shocked! Sekali lagi dia bertanya dengan lantang di tengah-tengah kedai makan itu, " mati pucuk tu apa?".


* * *


Suasana kedai sunyi seketika. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang berbisik-bisik sesama mereka sambil menjeling ke arah kami.

Mak ayah aku waktu tu buat-buat sembang pasal bursa saham.

Aku dan adik nombor 1 mengekek-ngekek ketawa.

Aimi Najihah. Adik aku yang nombor 2. Budak kecik ni sekarang dah tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu. Budaknya keras kepala, nakal, gedik, dan minat korea. Euwww. 

I Love Murtabak

Aku dah banyak merantau ke negeri orang. Dah banyak Murtabak di negeri orang aku dah rasa. Murtabak yang paling tak sedap terletak di Ipoh, Perak. Memang tak sedap. Kalau kau pesan murtabak ayam, kau akan dapat rasa beberapa cuit je ketulan daging ayam hancur di dalam murtabak tu. selebihnya rasa kentang. Patut buat murtabak kentang. Tak la customer luar jauh-jauh macam aku rasa tertipu. Dang!

Sepanjang hayat aku, murtabak yang paling sedap, rasa awesome, unik, dan rare adalah murtabak sofi. Peh, murtabak sofi ni memang sedap. Hanya terdapat di Jerantut, Pahang. Kalau orang-orang Jerantut ni, murtabak sofi ni memang diorang semua dah tau terkenal dan tersohor. Serius aku tak tipu, kalau kau datang ke Jerantut, aku boleh bagi kau rasa murtabak sofi yang amazing ni.

Baru saja tadi aku beli 3 keping murtabak sofi perisa daging yang amazing ni. Oh, murtabak sofi, kenapa kau sedap sangat haaaa?


Pandangan atas murtabak sofi


Pandangan sisi murtabak sofi


Pandangan hadapan murtabak sofi


Dan apabila 3 keping murtabak daging brand abang sofi ni dipotong dua,


Nah, inilah hasilnya. Sungguh aweeeeessommmeeee!


Dan dipotong lagi kepada beberapa bahagian kecil,


Yeah, murtabak sudah siap dipotong dan ready untuk dimakan sambil menikmati Teh O panas. Oh, nikmatnya hidup.


Inilah hidangan minum petang kami sekeluarga. Biasa-biasa saja, tapi sungguh nikmat. Mak aku suruh tulis macam ni, tapi aku rasa macam aku blogger makcik-makcik je kalau buat ayat macam tu. HAHA.

Rating aku untuk murtabak sofi ni adalah 5 bintang kerana murtabak sofi ni mampu melumpuhkan rasa ingin diet, jaga pemakanan dengan begitu sempurna. Anda pula bila nak rasa? You know where you can get this murtabak. Yeah!


P/S: Harap-harap korang semua tak kempunan la kan. HAHA.

Kala Subuh...

Jam menunjukkan waktu 5.19 pagi. Aku baru pulang ke rumah setelah puas melepak menonton bola sepak bersama beberapa orang kawan yang lain. Germany menumpaskan Greece 4-2. Ah, takde fight langsung. Lemau betul Greece ni. Baik hantar Pahang lawan Germany lagi bagus. Ada jugak fight.

5 minit yang lepas, sebelum aku menulis entri ini, aku baru siap menjemur pakaian. Tiba-tiba je perasaan nak menjemur pakaian tu menebal dalam diri. Mungkin disebabkan adik aku dah pulang bercuti, jadi peranan aku sebagai penjemur kain tegar sebelum ini telah diambil beliau. 

Pagi nanti bila mak aku bangun, mesti dia akan terkejut bila tengok semua pakaian telah dijemur. Aku jangkakan, mesti dia akan cakap macam ni, " eh, boboy jemur kain pagi-pagi hari? rajinnya anak mak ni, memang boleh diharap betul." Ok. Part boboy tu aku sengaja tambah. Buat penyedap ayat. Tapi confirm dia akan cakap macam ni punya. HAHA.

Adik perempuan aku pulak mesti akan cakap macam ni," woah hyung-nim, apa mimpi kau tiba-tiba rajin jemur kain pagi-pagi hari ni? Buang tebiat apa?" heh, mesti dia akan pertikaikan sikap kerajinan aku yang menaik secara mendadak ni.

Aku dah prepare nak senyum macam ni bila kena puji esok. Ah, tak sabarnya nak dipuji. HAHA.

source : google

Ah, comelnya Meerkat ni! 


P/S: Harap-harap suatu hari nanti dapatlah aku bela binatang ni seekor. Comel dan boleh diharap. Heee~

Thursday, June 21, 2012

Daily Routine

Apa rutin harian aku dalam cuti hampir 2 bulan ni?

6.30 Pagi: Solat subuh.

source : google

6.35 pagi: Tido semula.

source : google

10.00 pagi: Bangun tido dan jemur kain.

source : google

10.30 pagi: Basuh pinggan.

source : google

10.45 pagi: Ikat dan buang sampah.

source : google

11.00 pagi: Mandi.

source : google

11.15 pagi: Pergi pasar.

source : google

11.45 pagi: Baca paper.

source : google

12.00 tengahari: Sambil tunggu mak balik masak dari sekolah, tengok National Geographic.

source : google

2.00 petang: Mak balik masak. Boleh makan. Yeay!

source : google

2.30 petang: Main Plant vs Zombies.

source : google

3.30 petang: Tido. 

source : google

6.00 petang: Bangun tido dan angkat kain.

source : google

7.00 petang: Mandi.

source : google

7.15 petang: Pergi masjid.

source : google

9.15 malam: Balik dari masjid dan makan malam.

source : google

9.40 malam: online.


source : google

12.00 tengah malam: Main Plant vs Zombie.

source : google

2.30 pagi: Lepak tengok bola dekat Corner Lot.

source : google

3.40 pagi: Tamat first half. Makan lagi.

source : google

4.30 pagi: Bola dah habis. Balik rumah, Online lagi.

source : google

5.30 pagi: Mandi.

source : google

5.45 pagi: Tido.

source : google

6.00 pagi: Bila mak kejut sembahyang subuh.

source : google

Oh, indahnya hidup aku sepanjang cuti ni. HAHA. Aku masih ada beberapa minggu untuk menjalani kehidupan yang indah begini. Ermm, apa aku nak buat esok ya? 

Oh ya, aku harap adik perempuan aku pulang bercuti secepat mungkin, at least masa yang aku kena guna untuk buat kerja-kerja rumah waktu pagi tu dapat aku gunakan untuk main game Plant vs Zombies dengan lebih kerap. Yeah!

P/s: Aku paling suka gambar brader untuk foto makan tu. Expression muka dia memang betul-betul tunjukkan gaya tak sabar nak makan. Harap-harap satu hari nanti aku dapat berkenalan dengan dia. HAHA.

Wednesday, June 20, 2012

Baby and Me.

Sejak akhir-akhir ini, aku kerap bermimpi pasal bayi. Ah, entah kenapa aku pun tak pasti. Yang pasti, sejak aku bermimpi pasal bayi ni, aku punya feeling untuk jadi seorang bapa amat berkobar-kobar.

Mungkin disebabkan faktor usia, atau mungkin disebabkan aku kerap bersembang pasal bakal anak-anak dengan kawan-kawan. Entahlah, semua ni sesuatu yang baru buat aku.

Dulu-dulu, aku cukup tak suka bayi. Yes, aku memang tak suka. Reason? nah, sebab mereka suka menangis. Nak susu menangis, nak berak menangis, even nak tidur pun mesti menangis dulu. Geram betul aku. Oh ya, mereka juga sangat mengada-ngada.

Kalau iklan pampers ke iklan susu yang guna pakai bayi sebagai model ke, aku memang cukup anti. Sebabnya aku tak suka bayi tu tergelak-gelak bila kena praktikal joke. Really. I hate it. Dan bila iklan bayi-bayi ni ke udara je, aku akan terketap-ketap gigi dan bibir, sambil cakap bayi tu mengada-mengadalah, rasa macam nak tumbuklah. HAHA. Kejam betul aku waktu tu.

Mak aku pernah bercakap, " satu hari nanti, kau akan jadi bapak budak jugak. Masa tu takkan kau nak geram dan tumbuk bayi kau? dulu kau kecik-kecik pun macam tu jugak. Bawak-bawak la suka ke budak kecik Faiz oi.,". Aku hanya diam bila diberi nasihat macam tu.

Sekarang, aku seorang belia yang berusia 22 tahun. Meniti usia-usia berharga sebagai seorang bujang sebelum berkeluarga. Dan aku juga sudah mula sayangkan bayi dan kanak-kanak. Sungguh. Aku cukup suka bila pulang ke kampung belah mak aku di Terengganu sebab banyak sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik dan ber-title bayi. Aku cukup suka bermain dengan mereka.

Sampai suatu saat, aku pasti akan bergelar seorang bapa. InsyaAllah, jika panjang umur dan diizinkan Allah. 

source : google

Aku inginkan bayi yang comel seperti ini. Arghhh! geramnya nak peluk cium!


P/S: Kelmarin aku mimpi aku bawa bayi aku redah paya sebab kena kejar 3 ekor singa. Apakah maksudnya? Aku berfikir panjang seharian pada hari itu. 

Tuesday, June 19, 2012

Cartoon

Ada orang yang sibuk study untuk exam, aku layan bola. Bila rasa bosan, layan game Plant vs Zombies. Oh, indahnya hidup. Entah macam mana, tetiba mulut termenyanyi I LOVE YOU. Oh, Barney. Teringat pada kau. Musuh lama aku masa kecik-kecik dulu. Cukup creepy dan menakutkan. Kalau time siaran kau berlangsung je, aku akan rasa seram sejuk.


I love you,
You Love me, 
We are happy family, 
With a big great hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too?

I love you,
You love me,
We are best friends,
Like friends should be,
With a big great hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too?


source : google

Argghhhh, creepy. Rasa macam nak gunting je creature ni.

Haaa, yang ni pun lagi lah aku tak sukaaaa

source : google

Dulu-dulu, time adik aku kecik-kecik, dia suka sangat tengok cerita ni. Comel la katanya. Pada aku, si Teletubbies ni tak comel langsung. Menakutkan. Takde unsur-unsur menceriakan kanak-kanak langsung. Jalan cerita pun tak kena. Pendek kata, aku memang cukup anti dengan si Teletubbies ni. 

Kalau aku nak alih siaran ke channel lain, mesti adik aku akan bising dan menangis. Selaku anak lelaki sulung dan tunggal pada waktu tu, takkan lah aku nak mengalah pulak dengan adik aku. Mesti aku akan bersikap ego punya. Dan pada waktu mak aku akan bising dan ugut nak tutup TV. Pada masa tu nak tak nak duduk la diam-diam. Alih-alih aku akan terlayan sekali si Teletubbies ni. Uh! tak suka!

Dan, kartun yang paling aku suka time kecik-kecik dulu,

source : google

Yeah! Ultraman, sangat cool dan penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Bagi kanak-kanak lelaki pada waktu itu, setiap episod ultraman wajib ditonton dan dipraktikkan ketika bermain sebelum masuk ke kelas di sekolah. Kalau kau tak kenal Ultraman pada ketika itu, mungkin kau akan dianggap tak cool, dan mungkin takde orang yang nak berkawan dengan kau. True story.

Well, sekarang ni, semua rancangan kartun pun dah tak best. Takde buatkan kanak-kanak berimaginasi tinggi dan kreatif. 

Kehadapan bakal anak-anak Papa,

Nanti Papa akan bagi anak-anak Papa ni layan kartun di atas. Oh ya, kecuali Barney dan Teletubbies. Papa haramkan sama sekali anak-anak Papa layan cerita creepy dan menakutkan macam tu. Biar anak-anak Papa nanti layan cerita kartun yang cool je. Papa nak anak-anak Papa merasai sendiri kehidupan Papa yang mencabar dan cool. Papa akui, Papa memang seorang yang sukakan cabaran dan cool lah. Kalau tidak, masakan Mamamu terpikat dengan Papa. HAHA.

Oh, yang pasti, Papa takkan lupa untuk bagi anak-anak Papa merasai betapa lengkapnya dunia kanak-kanak. Why? Sebab Papa akan start men-download banyak-banyak cerita Dragon Ball. Khusus untukmu sayang.

source : google

Kalau tak kenal kartun ni, tak tahulah nak kata apa.


P/S: Harap takde mana-mana pihak terasa. HAHA

Monday, June 18, 2012

Cuti, Plant dan Zombies. Awesome!

Type these codes in at any time while playing the game.

Pinata: A shower of candy when a zombie dies.
Trickedout: Alternate lawn mower appearance.
Future: Gives zombie futuristic shades.
Sukhbir: Toggles the zombie's call for brains-sound.
Daisies: Zombies leaves small daisies behind when killed.
Mustache: Zombies now have mustache.
Tohot: Infinite sun.



Cuti aku banyak dihabiskan dengan main game ni. Sungguh, ini kali ke 4 dah aku repeat balik game ni. Awesome betul game ni. HAHA.


P/S: Aku nak cari Plant vs Zombies 2 pulak. Dengarnya dah keluar. Tak sabar nak main. 

Saturday, June 16, 2012

Hampir pukul 12 tengah malam...

Tahun 2012. Tahun akhir aku nak tamatkan pengajian. Tak sabar nak cepat habis belajar ni!

* * *

P/s: Cuti yang sangat lama telah membantutkan kerja - kerja mengupdate blog ni. Haha