Kata orang jika kita marah cuba pakukan ke dinding, jadi aku tukarkan kepada Jika aku rasa aku bersalah maka aku akan post new entri?
1- aku bersalah kerana belum menonton Avatar..teruk!
2- Aku tak tahu Nasi lemak di Restoran Sahul rasanya sangat menyedihkan pada waktu kemuncak yang dipenuhi warga-warga Politeknik. Sedangkan aku beria-ia mengajak segerombolan lelaki yang suka makan kesana!
3- Aku rasa bersalah menonton Cinta Balqis bersama2 dengan sekumpulan manusia yang cintanya tak kesampaian sehingga kini dan masih tercari2.
4- Aku menghalau seekor anjing yang cuba menghampiri aku, kemudian aku menyesal selepas menonton video ini
yang pasti video ini mula menyebabkan aku mula menyayanginya sedikit.
Esok aku akan pulang ke Ipoh. Dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi, aku yakin aku akan sampai dalam masa satu jam saja dari Jerantut ni. Haih, bermulalah semester baru ini sebagai Student Marine di Politeknik Ungku Omar ini.
Jabatan Kejuruteraan Perkapalan.
Baru tadi aku call mak angkat aku. Mintak restu nak jalan jauh esok. Mak angkat aku kat Stadium Bukit Jalil sekarang. Tengah tengok show Anugerah Juara Lagu ke-24.
Mak angkat aku mms gambar ni kat aku tadi.
"Helo mak, esok iz nak balik ipoh dah. Mak doakan iz selamat sampai ye?"
"Haa, esok bawak motor hati-hati tau. Kalau penat berhenti rehat dulu. Jangan asyik igat mak je tau?"
Semalam aku ke bandar untuk shopping barang-barang keperluan aku nak pulang ke ipoh esok. Masa aku tengah belek-belek kat kawasan pakaian dalam kat dalam sebuah supermarket ni, tiba-tiba ada seorang makcik ni tegur aku. "Anak ni orang sini ke?"
"Kenapa? saya nampak macam orang mana? saya memang asal orang sini."
"La, yeke? takdelah..muka cam familiar.."
"Oh, kalau makcik tak jumpa dalam majalah, mesti makcik ada jumpa kat ipoh kot."
( Aku fikir mungkin makcik salah seorang peniaga kat cafe Poli )
"Emm..eh taklah. Anak ada pergi kursus kahwin tak baru-baru ni? macam jumpa kat situ lah."
Hoiiiii...!!!
Moral of the story: Jika anda punyai kampung halaman, jangan biarkan diri anda dilupakan.
Aku tak pernah paham satu konsep yang KITA manusia ciptakan, laksanakan,hasilkan..satu konsep yang KITA manusia telah berjaya memBUNUH jiwa-jiwa mereka...yup mereka...KITA bunuh secara sedar atau mungkin tidak KITA sengajakan..
KONSEP MANUSIA SALING MEMERLUKAN dan GUNA MENGGUNAKAN
percaya? agak pelikkan? yang pasti KITA akan cuba menidakkan.. TAK..saya tak TERgolong
BENAR?maaf kalau itu aku.. aku yang menciptakan.
satu alasan yang mudah
MANUSIA penuh dengan KHILAF yang berkembar atau MANA AKU TAU
mudah kan KITA mencipta alasan..kalau tidak berkehendak..ayuh TERUSkan permainan,ciptakan lebih dari sejuta masaalah mendatang
Katakan aku menolak realiti ini. Apa pendapat kamu? tak penting bukan?
1- Realiti aku makin ter'kebelakang' ya..pada aku . 2- Realiti yang kita bersifat sangat susahkan dan menyusahkan 3- Realiti perkataan ( ok lupakan ) 4- Realiti hakikat selepas 5- Dan realiti Ayu Raudhah mengaku dilamun cinta bersama Zaquan Adha yang belum dipastikan lagi kesahihannya selaku lelaki sejati. ( apa kena mengena dengan aku?)
Aku nak latih adik aku yang darjah 6 tu main bola power-power. Pasni nak suruh dia join soccer kid pulak. Haih, susah jugak jadi abang yang ideal ni. Kehkehkeh
Mari kita berbicara tentang Ultraman. Ada bermacam-macam jenis Ultraman yang wujud di dunia ini seperti ultraman taro, ultraman great, ultraseven, ultraman tiga, ultraman 80, dan bermacam-macam lagi la.
Ultraman yang paling aku minati adalah Ultraman 80. Masih ingatkah anda pada Ultraman 80? Siri Ultraman ini ada ke udara suatu masa dahulu pada hari sabtu di TV3 jam 10 pagi kalau tak silap aku. Gagah, perkasa, stylo, bijak, cerdik, cerdas ( sila baca dalam bentuk nyanyian laguAlong) semuanya ada pada ultraman 80.
Pendek kata, kalau hari sabtu je, sanggup bangun awal pagi, mandi siap-siap lepas subuh, kejutkan jiran sebelah, masakkan sarapan untuk keluarga, semuanya siap dilakukan aku pada hari sabtu demi menanti ultraman 80.
Kalau dah tiba waktu siaran ultraman 80, kalau rasa nak terkencing sekalipun, sanggup tahan dulu selama setengah jam sebab taknak terlepas aksi-aksi ultraman 80. Tepat jam 10, pasti TV akan berbunyi, " Atuk mu nama, eighty..atuk mu nama, eighty..". Fuhh, memang masa tu setiap budak-budak yang sebaya aku akan menyanyi lagu opening ultraman 80 dengan penuh semangat.
Kalau kat sekolah, waktu rehat mesti main berlakon jadi ultraman 80. Semua berebut-rebut nak jadi ultraman 80. Siap bertumbuk lagi semata-mata nak jadi ultraman 80. Masa tu kalau siapa yang tak dapat jadi ultraman 80 mesti mencarut ," atuk mu nama eighty!" sambil berlari masuk kelas merajuk taknak main dah. Dan selalunya Iqbal Zahin la yang merajuk tu.
Aku nak hantar surat kat TV3 mintak siarkan semula siri ultraman 80. Lepas ni baru budak-budak zaman sekarang faham apa erti ultraman sebenarnya.