Monday, June 25, 2012

Pabila berhadapan dengan gadis cashier yang comel.

Aku ada satu habit di mana setiap kali aku masuk ke Supermarket, aku akan pilih kaunter yang ada gadis cashier yang comel, genit, solid dan menawan hati bila hendak membuat pembayaran dengan harapan aku boleh mendapatkan nombor telefon dia. 

Dan kebiasaannya 3 minit sebelum aku menuju ke kaunter yang diduduki  gadis cashier yang comel itu, aku akan set application Fake Call Me Pro di telefon bimbit aku dahulu. Ya, bagi kamu yang tak tahu apa itu aplikasi mobil Fake Call Me Pro itu, boleh rujuk dengan encik google. Aku malas nak jelaskan panjang lebar.

Bila mana aku tiba di kaunter pembayaran, aku akan letak barangan yang hendak dibayar di atas kaunter dan tersenyum cool di hadapan gadis cashier tersebut. And, most of all will smile back to me. Masa itu, aku akan rasa penuh berkeyakinan.

5 saat selepas itu, telefon aku berdering. Dengan wajah yang tenang, aku akan akan angkat telefon tersebut.

" hello, ha ye saya. Apa? kenapa boleh jadi macam tu?"

Sengaja aku tinggikan suara sedikit waktu itu. Gadis cashier hanya memandang aku sambil scan barang-barang.

" hmm, oklah kamu beli je saham dari Company X tu, nanti saya bincang dengan Datuk langkah seterusnya,"

Beep. 

Aku matikan panggilan telefon. Aku lihat gadis cashier seakan-akan tergamam selepas mendengar perbualan aku tadi sambil melihat aku dari atas sampai ke bawah. Aku hanya senyum sinis. Perlakuannya seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya tadi.

Setelah membayar harga barangan, aku akan senyum lagi sekali ke gadis cashier tersebut sebelum berlalu pergi. Gadis cashier balas senyuman dengan semanis mungkin.

Ulang benda yang sama sebanyak 3 kali. Aku yakin, kamu semua pasti akan berjaya dapatkan nombor telefon gadis cashier di supermarket yang berdekatan. 

Trust me, I've done this before. Kamu semua bila?

.

No comments:

Post a Comment

Bintang