Aku dah banyak merantau ke negeri orang. Dah banyak Murtabak di negeri orang aku dah rasa. Murtabak yang paling tak sedap terletak di Ipoh, Perak. Memang tak sedap. Kalau kau pesan murtabak ayam, kau akan dapat rasa beberapa cuit je ketulan daging ayam hancur di dalam murtabak tu. selebihnya rasa kentang. Patut buat murtabak kentang. Tak la customer luar jauh-jauh macam aku rasa tertipu. Dang!
Sepanjang hayat aku, murtabak yang paling sedap, rasa awesome, unik, dan rare adalah murtabak sofi. Peh, murtabak sofi ni memang sedap. Hanya terdapat di Jerantut, Pahang. Kalau orang-orang Jerantut ni, murtabak sofi ni memang diorang semua dah tau terkenal dan tersohor. Serius aku tak tipu, kalau kau datang ke Jerantut, aku boleh bagi kau rasa murtabak sofi yang amazing ni.
Baru saja tadi aku beli 3 keping murtabak sofi perisa daging yang amazing ni. Oh, murtabak sofi, kenapa kau sedap sangat haaaa?
Pandangan atas murtabak sofi
Pandangan sisi murtabak sofi
Pandangan hadapan murtabak sofi
Dan apabila 3 keping murtabak daging brand abang sofi ni dipotong dua,
Nah, inilah hasilnya. Sungguh aweeeeessommmeeee!
Dan dipotong lagi kepada beberapa bahagian kecil,
Yeah, murtabak sudah siap dipotong dan ready untuk dimakan sambil menikmati Teh O panas. Oh, nikmatnya hidup.
Inilah hidangan minum petang kami sekeluarga. Biasa-biasa saja, tapi sungguh nikmat. Mak aku suruh tulis macam ni, tapi aku rasa macam aku blogger makcik-makcik je kalau buat ayat macam tu. HAHA.
Rating aku untuk murtabak sofi ni adalah 5 bintang kerana murtabak sofi ni mampu melumpuhkan rasa ingin diet, jaga pemakanan dengan begitu sempurna. Anda pula bila nak rasa? You know where you can get this murtabak. Yeah!
P/S: Harap-harap korang semua tak kempunan la kan. HAHA.
No comments:
Post a Comment
Bintang