Dari zaman aku kecik-kecik sampai sekarang, masih ada tabiat dan benda yang aku tak boleh nak buang. Benda-benda ni masih aku buat sampai sekarang. Susah nak buang benda-benda macam ni walaupun umur dah makin meningkat.
Jadi, mari kita go through secara rambang apa benda yang aku maksudkan ni.
1. Makan Aiskrim
Peh, ni memang favourite. Aiskrim Paddle Pop memang famous suatu ketika dulu sebelum dipintas brader Mat Kool. Dulu aku memang suka beli aiskrim paddle pop jenis rainbow ni. Asal ada duit je, mesti akan dihabiskan beli aiskrim. Even sekarang pun aku masih gemar makan aiskrim. Tiap kali lepas habis kelas je mesti aku akan singgah beli aiskrim punya. Jenama yang aku gemar sekarang, Wall's Gravio. Peh, memang magnificent! I suggest you to try it! ( boo! promote aiskrim pulak! ) :D
2. Tengok cerita kartun
Haaa, yang ni memang aku betul-betul minat punya. Lantak lah apa orang nak cakap, aku budak-budak ke, tak matang ke, aku tak kisah. Pada aku, tengok cerita kartun ni seronok, dan tak membazir masa duit. Kalau dulu aku suka tengok cerita usop sontorian dengan keluang man, sekarang aku layan Eyeshield 21 pulak. Siri kartun ni memang aweeeeesooommeeee!
3. Beli mainan
Dulu-dulu kalau time aku kecik-kecik dulu, kereta mainan macam ni memang aku selalu beli. Masa tu aku akan bodek mak aku semata-mata nakkan kereta mainan ni. Nak bodek dengan ayah, aku takut! So, aku akan terus desak mak aku sampailah mak aku belikan kereta mainan ni. Dan selalunya mak aku takkan melayan pun permintaan aku ni. Tapi, aku tak putus asa. Tiap-tiap hari aku mintak dengan mak aku mintakkan belikan kereta mainan ni. ( desperate gila time tu nak berlumba dengan member-member sekampung. HAHA ) Sekarang, aku tak perlu bodek mak aku, aku beli terus je guna duit sendiri. Setakat ni baru ade 4 model, aku nak dapatkan lepas ni Great Emperor, Neo-Burning Sun, Cannon Ball, Dancing Doll, dan Proto Emperor ZX. Kena start menabung ni!
* * *
Aku kesunyian sebenarnya hari ni. Housemate aku semua takde sebab terlibat dengan program amal bersama anak yatim di gopeng. Aku je yang tak pergi sebab malas ada komitmen lain. HAHA. Tu yang dok merapu tulis benda-benda macam ni. Tapi bagus jugak, secara tak langsung aku boleh muhasabah diri aku yang dewasa ni. ( dewasa la sangat kan? )
p/s: Tak boleh dedahkan sangat benda-benda dulu yang aku amalkan sampai sekarang. Nanti mak aku dapat detect. Dia dah la selalu stalk blog aku ni. HAHA.
No comments:
Post a Comment
Bintang