Minggu ni merupakan minggu yang amat sibuk bagi aku. Haa, kenapa pulak? sebab minggu ni merupakan minggu konvokesyen Politeknik Premier Ungku Omar yang ke-41.
Aku terlibat untuk mengendalikan booth pameran Jabatan Kejuruteraan Perkapalan (JKP) sepanjang konvokesyen berlangsung. Memang penat woo gua cakap lu.
Memang berbaloi la jaga booth pameran ni. Aku berpeluang berjumpa dengan Raja Muda Perak, DYTM Raja Nazrin Shah, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Ab.Rahim Bin Md.Noor, dan ramai lagi orang-orang kenamaan yang lain.
Satu pengalaman yang manis rasanya berpeluang berjumpa orang-orang macam ni. Pengalaman rare ni beb! Bukan je jumpa saja-saja. Tapi siap dapat sembang lagi tu. HAHA.
Banyak persiapan yang aku dan kawan-kawan lain kena buat sebelum start konvo ni. Penat memang penat. Tu yang tension semacam je. Sampaikan cerita korea yang aku selalu tengok tu pun jadi tak lalu nak tengok sebab penat. ( Poyo. Boo! )
Jenis aku bukan suka menulis panjang lebar, jadi aku masukkan gambar jela. Senang sikit korang nak paham. Ye dok?
Peringkat awal persediaan booth.
First day preparation.
Ok. Abaikan part yang terdedah tu. Patung ni guna untuk jadi model pakaian uniform Marine dan coverall je.
Ini sinchan. Sebaya aku. Kecik molek je. Masih single (kot). Berminat?
Bersama Fuad, orang kuat booth pameran JKP.
Hari Pameran. First Day.
Barisan panel-panel menunggu ketibaan Tuanku.
Ambik gambar dulu apa-apa hal pun.
Tetamu yang datang melawat booth.
Sebelum Tuanku tiba, kita bergambar dulu dekat yellow karpet. HAHA.
Ketibaan Raja Muda Perak.
Raja Muda Perak di booth JKP. Memang lame Tuanku singgah dekat booth JKP ni kalau nak dibandingkan dengan booth Jabatan lain. Asal kitorang AJK Pameran ni bagi penerangan je, baginda akan balas, oh, good. good. Memang sempoi la Tuanku Raja Muda Perak ni.
Close view Raja Muda Perak.
Tak dapat bergambar dekat-dekat dengan Tuanku, bergambar jarak jauh pun jadi la. HAHA
Kereta Tuanku. Bentley kot? Aku tak kenal sangat jenis kereta ni. HAHA
Pintu masuk utama ke booth pameran.
Brader Ijat, senior aku batch Jan 2008. Memang mesra pelanggan.
Ini Kemal, Ketua Batch Jan 2008 merangkap best student JKP. Habis jaga booth, siap call aku ajak pergi makan pizza. Peh, orang dah jadi engineer, memang poket kembung la. Kenyang betul aku. Terima kasih banyak la pada Kemal ni. Oh ya, kami bukan adik-beradik ok?
Second Day.
Pada hari kedua ni la aku dikejutkan dengan kehadiran S/U KPT ni. Aku pun bukan kenal pun beliau. Tiba-tiba je aku kena tolak dengan Lecturer aku bagi penerangan pada S/U KPT. Peh, terkejut aku. Nasib baik aku steady. Kalau tak maunya gagap aku. HAHA.
Esok hari last pameran sempena konvo ni. Memang banyak la experience yang aku dapat dari event ni. Tahun depan turn aku pulak yang merasa pakai jubah merah ni. InsyaAllah.
P/S: Paling seronok jaga booth pameran ni sebab dapat breakfast dan lunch free! Memang jimat gila lah duit minggu ni. HAHA.
No comments:
Post a Comment
Bintang