Friday, August 24, 2012

Jawapan apabila meluahkan perasaan pada gadis yang diminati...

Biarlah kita berkawan dulu.

Woohoooo~ mana nak letak muka ni? 

=.=

Sunday, July 8, 2012

Sejenak bersama Jessica Wu.

Sejuk je hati bila tengok Jessica Wu dah bersih, wangi. Geram betul lah tengok Jessica Wu ni. Grrrr. 


Harap-harap esok tak hujan. Jauh perjalanan kita ke Ipoh ni Jessica Wu. Kesian awak. Hmmm.

.

Saturday, July 7, 2012

Check-Up List

Disebabkan aku dah nak balik ke Ipoh semula hari isnin ni, aku nak tulis sikit check-up list barang-barang yang nak dibawa pulang nanti. Bukan apa, takut terlupa je. 

1.Laptop

2.Tesis Sea Training

3.Kain Pelikat la la la la

4.Tuala

5.T-Shirt x2

6.Seluar Jeans x2

7.Seluar Khakis (Hitam)

8.Set Make-Up

9.Selipar
 
10.Ikan Kering

Kalau ada tertinggal barang juga, tak tahu la nak cakap apa. Ok, bye.

.

Saturday, June 30, 2012

Eman Manan.

Aku baru je bukak laptop selepas balik dari solat jumaat, tiba-tiba mak aku panggil.

" Faiz, oh Faiz, mari sini kejap" laung mak aku dari dapur.

"Ye mak," aku menyahut. Tapi masih di kerusi menaip-naip di fesbuk yang melalaikan.

"Faiz, sini kejap, cepat sikit" mak aku panggil lagi.

"Ye, datang lah ni," aku menyahut panggilannya lagi. 


Walaupun berat hati nak bangun tinggalkan fesbuk ni, tapi aku kuatkan hati aku pergi ke dapur demi mak aku. Tak elok pula buatkan mak aku tertunggu lama-lama. Jangan kamu tak tahu pula, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

" Ha, apa dia mak?" aku bertanya. Fikiran masih pada fesbuk.

" Ni ha, Eman Manan berlakon dalam drama kat TV1 ni, kau taknak tengok ke?" mak aku bagitahu sambil menyiapkan hidangan makan tengahari.

"..." aku hanya terdiam. Masih memikirkan fesbuk. 

" Kau kan minat Eman Manan, ni ada drama dia ni tengoklah cepat," begitu bersungguh sekali dia sarankan aku tengok drama Eman Manan ni.

"Oh, Eman Manan ni dah taraf legend dah mak," aku menjawab dengan bersahaja.

"Eh, sejak bila kau minat Eman Manan pulak ni?" adik perempuan aku menyoal.

"Eman Manan ni memang awesome, dah taraf legend tahu? Macam Rajnikanth," aku menjawab sepintas lalu.

Mendengarkan jawapan aku, mak dan adik mengangguk tanda bersetuju dengan jawapan aku. Kami makan tengahari dengan penuh berselera. Menu tengahari tadi adalah nasi ayam madu. Sangat sedap.

.

Wednesday, June 27, 2012

Mimpi ngeri

Petang tadi aku mimpi ngeri. Mungkin sebab aku tido dalam keadaan marah kerana adik perempuan aku taknak main badminton dengan aku dah selepas dibelasah teruk dalam perlawanan kelmarin. Aku bengang dan masuk tido. Aku mimpi ngeri.


.

The cutest animal in the world.

Ini kucing.

source : google

Jika kamu semua kata kucing adalah binatang paling comel di dunia, ternyata kamu tidak kenal binatang yang paling comel di dunia yang berada di bawah ini.

Ini Meerkat.

source : google

Binatang yang paling comel di dunia. Ok, yang tengah tu aku dah cop dulu. Yang lain still available untuk di-cop. Jangan ucap terima kasih pada aku sekarang. Aku tahu aku dah buka mata kamu semua mengenai binatang yang paling comel di dunia ini.

Jadi, ada siapa-siapa nak bawak aku pergi South Africa tengok Meerkat ni secara live? 

.


Tuesday, June 26, 2012