Sunday, March 16, 2014
Midnight Talk.
24 tahun. Umur aku sekarang sudah mencecah 24 tahun. Dan aku, masih di darat menunggu panggilan dari syarikat perkapalan untuk menawarkan aku peluang pekerjaan sebagai Jurutera Marin. InsyaAllah.
Wednesday, March 12, 2014
Cinta di timur menanti. Cinta dari utara menunggu.
Kesetiaan aku teruji. Antara timur dan utara, aku hanya perlukan satu. Ya, hanya satu.
Puihhh!
Hangpa ingat aku akan tulis cerita genre macam ni ke?
P/S: I do really need someone to lend me a shoulder. XP
Monday, May 27, 2013
Ku Mohon...
Sheila Majid-Kumohon.
Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Sunday, May 26, 2013
Am I ready to lose her? :(
Sejak akhir-akhir ini, aku sering melayan perasaan diri ini. Berbagai-bagai perasaan yang berkecamuk di dalam hati ini. Entahlah, tak dapat aku rungkaikan maksud hati ini. Hanya Allah yang tahu.
Ditambah pula perasaan berkecamuk tu bila aku layan lagu ini. Mendalam betul maksud lirik lagu ini.
Ditambah pula perasaan berkecamuk tu bila aku layan lagu ini. Mendalam betul maksud lirik lagu ini.
Firman-Kehilangan
Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
Wednesday, January 23, 2013
Bunyi Kambing
Aku set bunyi mesej pada handphone aku bunyi monster kill ni. Masa aku tengah drive ambik mak aku pulang dari sekolah, ada mesej masuk. Mak aku terkejut dan bertanya," Hah, bunyi kambing mana pulak tu?"
Heh, Aku hanya mampu ketawa.
.
Mata Panda
Rutin harian aku sudah tak normal lagi. Siang tidur, malam berjaga. Hinggakan mata pun dah jadi mata panda.
Hari ini, aku pulang ke desa tercinta setelah sekian lama membawa diri di negeri orang. Dalam sesi berborak-borak bersama mak aku. Aku pun membuka cerita...
" Mak, tengok mata orang ni, dah jadi mata panda dah," aku bersahaja berbicara dengan harapan mak akan bertanyakan sebab mata aku jadi begitu.
"Ohh. Siapa tembak kau?" mak membalas dengan rileks dan bersahaja.
...
Hoyeah, mak memang cool. HAHA
Wednesday, September 12, 2012
:)
Friday, August 24, 2012
Jawapan apabila meluahkan perasaan pada gadis yang diminati...
Biarlah kita berkawan dulu.
Woohoooo~ mana nak letak muka ni?
=.=
Woohoooo~ mana nak letak muka ni?
=.=
Sunday, July 8, 2012
Sejenak bersama Jessica Wu.
Sejuk je hati bila tengok Jessica Wu dah bersih, wangi. Geram betul lah tengok Jessica Wu ni. Grrrr.
Harap-harap esok tak hujan. Jauh perjalanan kita ke Ipoh ni Jessica Wu. Kesian awak. Hmmm.
.
Saturday, July 7, 2012
Check-Up List
Disebabkan aku dah nak balik ke Ipoh semula hari isnin ni, aku nak tulis sikit check-up list barang-barang yang nak dibawa pulang nanti. Bukan apa, takut terlupa je.
1.Laptop
2.Tesis Sea Training
3.Kain Pelikat la la la la
4.Tuala
5.T-Shirt x2
6.Seluar Jeans x2
7.Seluar Khakis (Hitam)
8.Set Make-Up
9.Selipar
10.Ikan Kering
Kalau ada tertinggal barang juga, tak tahu la nak cakap apa. Ok, bye.
.
Saturday, June 30, 2012
Eman Manan.
Aku baru je bukak laptop selepas balik dari solat jumaat, tiba-tiba mak aku panggil.
" Faiz, oh Faiz, mari sini kejap" laung mak aku dari dapur.
"Ye mak," aku menyahut. Tapi masih di kerusi menaip-naip di fesbuk yang melalaikan.
"Faiz, sini kejap, cepat sikit" mak aku panggil lagi.
"Ye, datang lah ni," aku menyahut panggilannya lagi.
Walaupun berat hati nak bangun tinggalkan fesbuk ni, tapi aku kuatkan hati aku pergi ke dapur demi mak aku. Tak elok pula buatkan mak aku tertunggu lama-lama. Jangan kamu tak tahu pula, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
Walaupun berat hati nak bangun tinggalkan fesbuk ni, tapi aku kuatkan hati aku pergi ke dapur demi mak aku. Tak elok pula buatkan mak aku tertunggu lama-lama. Jangan kamu tak tahu pula, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
" Ha, apa dia mak?" aku bertanya. Fikiran masih pada fesbuk.
" Ni ha, Eman Manan berlakon dalam drama kat TV1 ni, kau taknak tengok ke?" mak aku bagitahu sambil menyiapkan hidangan makan tengahari.
"..." aku hanya terdiam. Masih memikirkan fesbuk.
" Kau kan minat Eman Manan, ni ada drama dia ni tengoklah cepat," begitu bersungguh sekali dia sarankan aku tengok drama Eman Manan ni.
"Oh, Eman Manan ni dah taraf legend dah mak," aku menjawab dengan bersahaja.
"Eh, sejak bila kau minat Eman Manan pulak ni?" adik perempuan aku menyoal.
"Eman Manan ni memang awesome, dah taraf legend tahu? Macam Rajnikanth," aku menjawab sepintas lalu.
Mendengarkan jawapan aku, mak dan adik mengangguk tanda bersetuju dengan jawapan aku. Kami makan tengahari dengan penuh berselera. Menu tengahari tadi adalah nasi ayam madu. Sangat sedap.
.
Wednesday, June 27, 2012
Mimpi ngeri
Petang tadi aku mimpi ngeri. Mungkin sebab aku tido dalam keadaan marah kerana adik perempuan aku taknak main badminton dengan aku dah selepas dibelasah teruk dalam perlawanan kelmarin. Aku bengang dan masuk tido. Aku mimpi ngeri.
.
The cutest animal in the world.
Ini kucing.
source : google
Jika kamu semua kata kucing adalah binatang paling comel di dunia, ternyata kamu tidak kenal binatang yang paling comel di dunia yang berada di bawah ini.
Ini Meerkat.
source : google
Binatang yang paling comel di dunia. Ok, yang tengah tu aku dah cop dulu. Yang lain still available untuk di-cop. Jangan ucap terima kasih pada aku sekarang. Aku tahu aku dah buka mata kamu semua mengenai binatang yang paling comel di dunia ini.
Jadi, ada siapa-siapa nak bawak aku pergi South Africa tengok Meerkat ni secara live?
.
Tuesday, June 26, 2012
Monday, June 25, 2012
Selamat Hari Pelaut
Selamat Hari Pelaut kepada diri aku sendiri, teman-teman Jabatan Kejuruteraan Perkapalan, rakan-rakan sekerja di Alam Maritim (M) Sdn.Bhd, Tru-Trans Sdn.Bhd, dan juga rakan-rakan Pelaut di Malaysia dan di seluruh dunia. Sekali lagi, Selamat Hari Pelaut aku ucapkan.
source : google
Cinta Pelaut itu seluas samudera, dan sedalam lautan.
Sudah 4 tahun aku menyambut Hari Pelaut. Moga Pelaut muda seperti aku terus maju ke hadapan. Amin.
Pabila berhadapan dengan gadis cashier yang comel.
Aku ada satu habit di mana setiap kali aku masuk ke Supermarket, aku akan pilih kaunter yang ada gadis cashier yang comel, genit, solid dan menawan hati bila hendak membuat pembayaran dengan harapan aku boleh mendapatkan nombor telefon dia.
Dan kebiasaannya 3 minit sebelum aku menuju ke kaunter yang diduduki gadis cashier yang comel itu, aku akan set application Fake Call Me Pro di telefon bimbit aku dahulu. Ya, bagi kamu yang tak tahu apa itu aplikasi mobil Fake Call Me Pro itu, boleh rujuk dengan encik google. Aku malas nak jelaskan panjang lebar.
Bila mana aku tiba di kaunter pembayaran, aku akan letak barangan yang hendak dibayar di atas kaunter dan tersenyum cool di hadapan gadis cashier tersebut. And, most of all will smile back to me. Masa itu, aku akan rasa penuh berkeyakinan.
5 saat selepas itu, telefon aku berdering. Dengan wajah yang tenang, aku akan akan angkat telefon tersebut.
" hello, ha ye saya. Apa? kenapa boleh jadi macam tu?"
Sengaja aku tinggikan suara sedikit waktu itu. Gadis cashier hanya memandang aku sambil scan barang-barang.
" hmm, oklah kamu beli je saham dari Company X tu, nanti saya bincang dengan Datuk langkah seterusnya,"
Beep.
Aku matikan panggilan telefon. Aku lihat gadis cashier seakan-akan tergamam selepas mendengar perbualan aku tadi sambil melihat aku dari atas sampai ke bawah. Aku hanya senyum sinis. Perlakuannya seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya tadi.
Setelah membayar harga barangan, aku akan senyum lagi sekali ke gadis cashier tersebut sebelum berlalu pergi. Gadis cashier balas senyuman dengan semanis mungkin.
Ulang benda yang sama sebanyak 3 kali. Aku yakin, kamu semua pasti akan berjaya dapatkan nombor telefon gadis cashier di supermarket yang berdekatan.
Trust me, I've done this before. Kamu semua bila?
.
Sunday, June 24, 2012
Cubaan lari dari rumah.
Pernah suatu ketika aku membuat percubaan untuk melarikan diri dari rumah sekitar tahun 2000 dengan menyorok di dalam gelungsur di taman permainan perumahan aku.
Selaku seorang kanak-kanak yang sedang meningkat remaja dan dalam proses pemberontakan, aku nekad pada waktu itu untuk lari dari rumah. Perancangan untuk sara hidup sewaktu tempoh pelarian aku telah rancang sebaiknya sebelum lari dari rumah.
Aku membuat gerakan lari dari rumah pada awal-awal pagi lagi. Menyorok di dalam gelungsur sambil merancang masa depan sangat rumit bagi aku yang hanya berusia 10 tahun ketika itu.
Menjelang tengahari, perut mula terasa lapar. Kanak-kanak yang sedang meningkat remaja macam aku ketika itu amat memerlukan makanan yang seimbang untuk tumbesaran. Duit untuk makan tengahari pun takde waktu itu. Setelah puas menahan lapar, aku pun mengambil keputusan nekad dan memulakan langkah.
" Hah, kenapa duduk tercegat depan pintu tu? Mari makan nasik. Mak dah siap masak lauk kegemaran kamu ni,"
Dengan tersengih sumbing, aku makan dengan bersungguh-sungguh pada hari itu. Mak aku pun tak tau aku telah lari dari rumah pada awal pagi itu.
.
Saturday, June 23, 2012
Kisah Adik Nombor 2
Aimi Najihah. Adik aku yang nombor 2. Budak kecik ni sekarang dah tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu. Budaknya keras kepala, nakal, gedik, dan minat korea. Euwww.
Aku masih ingat, masa tu dalam tahun 2007, dalam waktu cuti sekolah. Kami sekeluarga pergi berkelah di kawasan air terjun di Raub, Pahang. Perginya ke sana 6 orang sekeluarga. Kami bermain air dengan gembira sini-sana.
On the way balik ke rumah, kami singgah di sebuah kedai makan. Kedai makan itu dipenuhi pelanggan yang sedang menikmati mee goreng, ais kacang, dan lain-lain lagi. Waktu cuti sekolah macam ni, memang tak hairan sangat kalau kedai-kedai makan dipenuhi warga-warga kota yang pergi bercuti di desa.
Kedai makan itu kecik, sempit, tapi dipenuhi orang. Susunan meja juga sangat rapat. Aku pun tak tahu kenapa orang kita ni suka sangat berpegang kepada prinsip makanan tu sedap based on kedai siapa yang ramai pelanggan.
Mujur ada rezeki kami, dapat satu table di tengah-tengah kedai makan tersebut. Di tengah-tengah kedai makan yang sesak tersebut. Siap order semua. Kami berbual-bual kosong. Ayah aku baca paper yang dibelinya. Adik aku si Aimi ni turut baca paper bersama ayah aku.
Tiba-tiba budak Aimi ni bertanya, " ayah, mak, mati pucuk tu apa?". Everybody shocked! Sekali lagi dia bertanya dengan lantang di tengah-tengah kedai makan itu, " mati pucuk tu apa?".
* * *
Suasana kedai sunyi seketika. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang berbisik-bisik sesama mereka sambil menjeling ke arah kami.
Mak ayah aku waktu tu buat-buat sembang pasal bursa saham.
Aku dan adik nombor 1 mengekek-ngekek ketawa.
Aimi Najihah. Adik aku yang nombor 2. Budak kecik ni sekarang dah tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu. Budaknya keras kepala, nakal, gedik, dan minat korea. Euwww.
I Love Murtabak
Aku dah banyak merantau ke negeri orang. Dah banyak Murtabak di negeri orang aku dah rasa. Murtabak yang paling tak sedap terletak di Ipoh, Perak. Memang tak sedap. Kalau kau pesan murtabak ayam, kau akan dapat rasa beberapa cuit je ketulan daging ayam hancur di dalam murtabak tu. selebihnya rasa kentang. Patut buat murtabak kentang. Tak la customer luar jauh-jauh macam aku rasa tertipu. Dang!
Sepanjang hayat aku, murtabak yang paling sedap, rasa awesome, unik, dan rare adalah murtabak sofi. Peh, murtabak sofi ni memang sedap. Hanya terdapat di Jerantut, Pahang. Kalau orang-orang Jerantut ni, murtabak sofi ni memang diorang semua dah tau terkenal dan tersohor. Serius aku tak tipu, kalau kau datang ke Jerantut, aku boleh bagi kau rasa murtabak sofi yang amazing ni.
Baru saja tadi aku beli 3 keping murtabak sofi perisa daging yang amazing ni. Oh, murtabak sofi, kenapa kau sedap sangat haaaa?
Pandangan atas murtabak sofi
Pandangan sisi murtabak sofi
Pandangan hadapan murtabak sofi
Dan apabila 3 keping murtabak daging brand abang sofi ni dipotong dua,
Nah, inilah hasilnya. Sungguh aweeeeessommmeeee!
Dan dipotong lagi kepada beberapa bahagian kecil,
Yeah, murtabak sudah siap dipotong dan ready untuk dimakan sambil menikmati Teh O panas. Oh, nikmatnya hidup.
Inilah hidangan minum petang kami sekeluarga. Biasa-biasa saja, tapi sungguh nikmat. Mak aku suruh tulis macam ni, tapi aku rasa macam aku blogger makcik-makcik je kalau buat ayat macam tu. HAHA.
Rating aku untuk murtabak sofi ni adalah 5 bintang kerana murtabak sofi ni mampu melumpuhkan rasa ingin diet, jaga pemakanan dengan begitu sempurna. Anda pula bila nak rasa? You know where you can get this murtabak. Yeah!
P/S: Harap-harap korang semua tak kempunan la kan. HAHA.
Kala Subuh...
Jam menunjukkan waktu 5.19 pagi. Aku baru pulang ke rumah setelah puas melepak menonton bola sepak bersama beberapa orang kawan yang lain. Germany menumpaskan Greece 4-2. Ah, takde fight langsung. Lemau betul Greece ni. Baik hantar Pahang lawan Germany lagi bagus. Ada jugak fight.
5 minit yang lepas, sebelum aku menulis entri ini, aku baru siap menjemur pakaian. Tiba-tiba je perasaan nak menjemur pakaian tu menebal dalam diri. Mungkin disebabkan adik aku dah pulang bercuti, jadi peranan aku sebagai penjemur kain tegar sebelum ini telah diambil beliau.
Pagi nanti bila mak aku bangun, mesti dia akan terkejut bila tengok semua pakaian telah dijemur. Aku jangkakan, mesti dia akan cakap macam ni, " eh, boboy jemur kain pagi-pagi hari? rajinnya anak mak ni, memang boleh diharap betul." Ok. Part boboy tu aku sengaja tambah. Buat penyedap ayat. Tapi confirm dia akan cakap macam ni punya. HAHA.
Adik perempuan aku pulak mesti akan cakap macam ni," woah hyung-nim, apa mimpi kau tiba-tiba rajin jemur kain pagi-pagi hari ni? Buang tebiat apa?" heh, mesti dia akan pertikaikan sikap kerajinan aku yang menaik secara mendadak ni.
Aku dah prepare nak senyum macam ni bila kena puji esok. Ah, tak sabarnya nak dipuji. HAHA.
source : google
Ah, comelnya Meerkat ni!
P/S: Harap-harap suatu hari nanti dapatlah aku bela binatang ni seekor. Comel dan boleh diharap. Heee~
Subscribe to:
Posts (Atom)





